Usahawan Primadona Worldwide
10 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Mei 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama dengan pengurusan Primadona Worldwide telah menganjurkan kelas usahawan untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai seramai 14 peserta. Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk Primadona Worldwide disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: